Tajuk | Perhubungan |
Kelas | 1 K |
Masa | 30 minit |
Standard Kandungan | 2.5 Megetahui buli |
Standard Pembelajaran | 2.5.1 Mengenal pasti perbuatan buli 2.5.2 Mengenal pasti pembuli dan mangsa |
Bahan Bantu Belajar | Kad gambar, lembaran kerja |
Langkah pengajaran: | |
Set Induksi (5 minit) |
Contoh: peras ugut, mengejek |
Langkah 1 (8 minit) |
i) Buli: perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang ii) Membuli: mempermainkan orang biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk mencederakan atau menakutkan orang tersebut iii) Pembuli: orang yang suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yang lemah iv) Mangsa: orang yang disakiti, dianiayai dan ditakuti oleh pembuli |
Langkah 2 (12minit) |
|
Penutup (5 minit) |
i) Secara agresif- berhadapan dengan pembuli ii) Secara pasif- mengelakkan diri daripada dibuli
|
Lampiran 1:
Refleksi:
Suasana pembelajaran kondusif semasa saya memilih beberapa murid untuk berlakon situasi buli. Ini secara tidak langsung telah memberi gambaran yang begitu jelas dan konkrit untuk murid-murid tentang pengajaran pada hari ini. Murid-murid aktif untuk memberi contoh kes buli dan menceritakan cara mengatasi buli maka objektif pembelajaran telah tercapai. Semangat bekerjasama antara murid telah melancarkan aktiviti kumpulan.
Penambahbaikan:
Saya akan menyediakan lembaran kerja yang perlu disiapkan secara individu supaya penguasaan dan pemahaman murid tentang pembelajaran hari ini dapat dikukuhkan.
----------------------------------------------------------------------------
Rancangan Pengajaran Harian
Tajuk | Penyakit |
Kelas | 1 K |
Masa | 30 minit |
Standard Kandungan | 3.1 Mengetahui kuman |
Standard Pembelajaran | 3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman merebak 3.1.4 Menyedari kepentingan mencegah kuman |
Bahan Bantu Belajar | Kad imbasan, jigsaw puzzle |
Langkah pengajaran: | |
Set Induksi (5 minit) |
- air, udara, makanan yang terdedah, sentuhan , jarum suntikan |
Langkah 1 (12 minit) |
|
Langkah 2 (8 minit) |
|
Penutup (5 minit) |
|
Lampiran 1:
Lampiran 2:
Lampiran 3:
Refleksi:
Murid-murid kelihatan diam dan pasif semasa sesi soal jawab mengenai cara kuman merebak. Ini mungkin disebabkan mereka barulah murid Tahun 1, ilmu dan keupayaan untuk meluahkan suatu idea masih terhad. Apabila saya menunjukkan jigsaw puzzle, suasana pembelajaran mula konduksif kerana murid dapat menjawab dengan bantuan gambar puzzle. Saya berasa gembira kerana murid menjanjikan pada saya bahawa mereka akan mulai mengamalkan kebersihan diri dengan cara yang betul.
Penambahbaikan:
Saya akan mencari video atau gambar yang berkaitan daripada internet. Ini dapat membantu murid untuk memahami konsep yang saya sampaikan dengan lebih jelas dan konkrit.
----------------------------------------------------------------------------
Rancangan Pengajaran Harian
Tajuk | Kesihatan Diri dan Reproduktif |
Kelas | 1 K |
Masa | 30 minit |
Standard Kandungan | 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan. |
Standard Pembelajaran | 1.1.1 Mengenali bahagian tubuh - kepala, badan, tangan, kaki dan genital. |
Bahan Bantu Belajar | Lirik lagu, poster bahagian tubuh badan, lembaran kerja |
Langkah pengajaran: | |
Set Induksi (5 minit) |
|
Langkah 1 (8 minit) |
Contoh: Mana mata kamu? : Berapa mata kamu?
Contoh: Mata untuk melihat |
Langkah 2 (14 minit) |
|
Penutup (3 minit) |
|
Lampiran 1:
Lampiran 2:
Refleksi:
Aktiviti menyanyi memang sesuai digunakan pada set induksi kerana ia mudah merangsang minat dan perhatian murid-murid. Murid-murid saya berasa gembira dan suka menyanyi sambil membuat aksi yang berkaitan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar kerana murid-murid aktif menjawab soalan saya. Bahagian tubuh badan merupakan satu topik yang murid-murid telah belajar semasa mereka masih kecil lagi. Selepas pengajaran ini, saya percaya murid-murid lebih memahami tentang cara menjaga dan melindungi tubuh badan diri.
Penambahbaikan:
Saya harus memberi lebih banyak peluang kepada murid untuk menjawab dan menyatakan pendapat masing-masing untuk menguji kefahaman murid.