Pendidikan Jasmani Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian
Tajuk
Balingan Atas Kepala
Kelas
1 K
Masa
30 minit
Fokus
Berkebolehan melakukan kemahiran balingan atas kepala dengan lakuan yang betul.
Standard Pembelajaran
1.4.3 Melakukan balingan atas kepala dengan dua tangan

5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani dan bersedia menerima cabaran
Bahan Bantu Belajar
Bola getah, skital
Langkah pengajaran:

Set induksi
(3 minit)

  1. Aktiviti memanaskan badan.
Langkah 1
(6 minit)
  1. Guru membimbing murid melakukan aktiviti ‘Melantun Bola Kepada Rakan’ (Lampiran 1):
i)   Melantun bola kepada rakan dengan menggunakan balingan atas kepala.
ii)    Pasangan menangkap bola dan melantun kembali kepada rakan.
iii)    Ulang beberapa kali.

Langkah 2
(7 minit)
  1. Guru membimbing murid melakukan aktiviti ‘Baling Bola Atas Kepala  (Lampiran 2):
i)       Seorang membaling dan seorang menangkap bola.
ii)      Ulang beberapa kali dan tukar peranan.

Langkah 3
(12 minit)
1.      Permainana kecil: Pin Ball Bulatan (Lampiran 3):
i)       Murid dalam kumpulan seramai 6 hingga 8 orang.
ii) Membaling 3 balingan kepada rakan sebelum menjatuhkan skital.
iii)    Murid di tengah mengawal skital daripada jatuh.
iv)    Tukar peranan murid yang di tengah apabila pin dijatuhkan atau bola berjaya di tangkap.
Penutup
(2 minit)
  1. Aktiviti menyejukkan badan.


Lampiran 1:


Lampiran 2:
Lampiran 3:

Refleksi:

Saya dapat mengesan sebahagian murid tidak dapat membaling dengan baik. Mereka telah membaling dengan aras yang terlalu rendah atau terlalu tinggi lantaran menyebabkan rakan tidak dapat menangkap bola. Aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar kerana murid asyik mengutip bola yang terjatuh. Walaubagaimanapun, saya berasa gembira melihat semangat berpasukan murid yang tinggi. Dalam masa yang begitu singkat, murid Tahun 1K sungguh berdisplin, mendengar arahan guru dan cuba menjayakan aktiviti tersebut.

Penambahbaikan:
Saya akan membahagikan aktiviti yang dirancangkan tersebut kepada dua pengajaran. Saya harus memastikan murid telah menguasai kemahiran membaling dan menangkap bola terlebih dahulu. Barulah, murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar seperti Pin Ball Bulatan. Oleh itu, objektif pengajaran akan tercapai.

--------------------------------------------------------------------------------------------


Rancangan Pengajaran Harian
Tajuk
Tarian Skaf
Kelas
1 K
Masa
30 minit
Fokus
Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.
Standard Pembelajaran
1.5.1 Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik.
5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.
Bahan Bantu Belajar
Skaf, pemain CD
Langkah pengajaran:

Set induksi
(3 minit)

  1. Aktiviti memanaskan badan.
Langkah 1
(8 minit)
  1. Guru membimbing murid malakukan ‘Cabaran Skaf’(Lampiran 1):
i)       Menggerakkan skaf mengelilingi badan, ke atas, ke belakang, ke hadapan dan ke sisi mengikut muzik.
ii)      Menggerakkan skaf dari aras rendah ke aras tinggi dan sebaliknya.

Langkah 2
(7 minit)
  1. Guru membimbing murid melakukan ‘Aksi Burung’ (Lampiran 2):
i)    Murid berlari dengan skaf seperti burung, tukar arah dan laluan. Elakkan murid bertembung dengan rakan.
ii) Memegang skaf pada pelbagai aras semasa bergerak dengan mengibarkan skaf di atas kepala, zig-zag di udara dan mengeliling badan.

Langkah 3
(10 minit)
1.      Persembahan murid: Tarian Skaf (Lampiran 3):
i)        Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii)      Setiap kumpulan dibahagikan kepada tema seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan,  pekerjaan dan fenomena alam.
iii)   Setiap kumpulan melakukan tarian skaf mengikut tema.

Penutup
(2 minit)
  1. Aktiviti menyejukkan badan.


Lampiran 1:
Lampiran 2:
Lampiran 3:


Refleksi:
Saya mendapati murid-murid berasa sungguh seronok semasa melakukan aktiviti dengan menggunakan skaf walaupun sebahagian daripada mereka berasa segan pada mulaan. Murid-murid memang cukup aktif untuk melakukan pelbagai aksi pada aras yang berlainan. Terdapat beberapa murid yang terjatuh kerana bertembung dengan rakan semasa bergerak. Nasib baik, tiada yang tercedera dan mereka sanggup meneruskan aktiviti yang seterusnya.

Penambahbaikan:
Saya telah menjalankan aktiviti tersebut di dewan sekolah tetapi saya akan menjalankan aktiviti yang sama di padang pada kali yang seterusnya supaya murid tidak mengalami kecederaan jika terjatuh. Bagi murid yang tidak dapat melakukan pergerakan dengan betul, saya akan meminta mereka memerhatikan pergerakan skaf yang dilakukan oleh rakan terlebih dahulu.
--------------------------------------------------------------------------------------------


Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk
Batu Seremban
Kelas
1 K
Masa
30 minit
Fokus
Berkebolehan bermain permainan tradisional ‘Batu Seremban’

Standard Pembelajaran
1.10.1 Menggunakan kemahiran melambung dan  menyambut semasa melakukan permainan ‘Batu Seremban’

Bahan Bantu Belajar
Batu seremban atau objek kecil

Langkah Pengajaran:

Set Induksi
(4 minit)
  1. Guru menayangkan video ‘Cara Bermain Batu Seremban’.
Langkah 1
(8 minit)
  1. Guru menerangkan serta menerangkan peraturan permainan. (Lampiran 1)
Langkah 2
(15 minit)
  1. Murid dibahagikan 4 orang dalam satu kumpulan.
  2. Murid bermain dalam kumpulan masing-masing.
Penutup
(3 minit)
  1. Permainan dihentikan apabila mencapai 50 mata.
  2. Guru mengumumkan nama pemenang. 



Lampiran 1:

Lampiran 2:
Cara Permainan "Batu Seremban"

Kamu Boleh Mencuba Permainan "Batu Seremban" dengan Kawan-kawan dan Ahli Keluarga. 
Selamat Mencuba!

Refleksi:
Murid-murid berasa gembira dan menanti-nantikan permainan ini iaitu ‘Batu Seremban’. Apabila dikatakan Pendidikan Jasmani, kita akan mengkaitkannya dengan pelbagai aktiviti sukan yang dijalankan di luar bilik darjah. Walaubagaimanapun, permainan ini terkandung dalam unit pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 dalam KSSR. Saya rasa murid-murid harus mencuba permainan ini kerana ia merupakan sejenis permainan tradisional yang harus dikekalkan. Saya berasa hairan kerana mendapati murid-murid tidak pernah melakukan permainan ini. Oleh kerana mereka hanya murid Tahun 1, aktiviti ini dianggap cukup cabar bagi mereka. Hanya sebahagian kecil murid yang berjaya mengutip 3 buah dan ke atas.  Murid-murid dapat mempelajari kemahiran melambung dan menyambut semasa melakukan permainan ini. Justeru itu, saya harap murid-murid berasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani dan bersedia menerima cabaran.

Penambahbaikan:
Saya akan memberi lebih banyak peluang untuk murid-murid melakukan permainan ‘Batu Seremban’ pada waktu Pendidikan Jasmani yang seterusnya. Murid-murid melakukan permainan tersebut dengan menggunakan batu kecil yang dikutip dari kawasan sekolah. Maka, saya akan meminta murid-murid untuk membawa guli dan biji getah dari rumah untuk permainan yang seterusnya supaya mereka boleh mencuba dan membandingkan perbezaan penggunaan bahan tersebut.





















1 comment:

  1. TELAH HADIR AGEN POKER JAGODOMINO TERPERCAYA DAN TERBAIK DI INDONESIA

    *Proses deposit & withdraw mudah cepat & aman
    *Dapatkan bonus turnover untuk setiap hari 0.3%- 0.5% (winor lose)
    *Bonus referral 20%(Seumur Hidup)
    *Anda bisa main langsung dari hp android/ ios dimana saja
    *Anda bisa bermain dan bertemu dengan seluruh pemain Indonesia dalam games online:
    -Poker
    -Bandar Poker
    -CapsaSusun
    -Domino99
    -Adu Q
    -Bandar Q
    -Bandar Sakong
    -Bandar 66

    Pastikan Anda login hanya melalui situs resmi kami DISINI

    Untuk info selanjutnya silahkan hubungi CS 24 jam yang siap melayani anda...
    LIVE CHAT: KLIK DISINI
    WA: +855964380085
    BBM: jago288

    ReplyDelete