Pendidikan Kesihatan Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk
Perhubungan
Kelas
1 K
Masa
30 minit
Standard Kandungan
2.5 Megetahui buli
Standard Pembelajaran
2.5.1 Mengenal pasti perbuatan buli
2.5.2 Mengenal pasti pembuli dan mangsa
Bahan Bantu Belajar
Kad gambar, lembaran kerja
Langkah pengajaran:

Set Induksi
(5 minit)
  1. Murid melakonkan situasi buli.
Contoh: peras ugut, mengejek

Langkah 1
(8 minit)
  1. Guru menerangkan maksud buli.
i)        Buli: perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang
ii)      Membuli: mempermainkan orang biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk mencederakan atau menakutkan orang tersebut
iii)    Pembuli: orang yang suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yang lemah
iv)    Mangsa: orang yang disakiti, dianiayai dan ditakuti oleh pembuli
Langkah 2
(12minit)
  1. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
  2. Guru mengedarkan lembaran kerja. (Lampiran 1)
  3. Murid berbincang dan menjawap dalam kumpulan.
  4. Perbincangan jawapan.
Penutup
(5 minit)

  1. Guru menerangkan cara untuk menangani buli:
i)        Secara agresif- berhadapan dengan pembuli
ii)      Secara pasif- mengelakkan diri daripada dibuli
  1. Guru menasihati murid agar pandai untuk melindungi diri dan berani melaporkan kepada guru atau ibu bapa jika menghadapi sebarang masalah.


Lampiran 1:






















Refleksi:

Suasana pembelajaran kondusif semasa saya memilih beberapa murid untuk berlakon situasi buli. Ini secara tidak langsung telah memberi gambaran yang begitu jelas dan konkrit untuk murid-murid tentang pengajaran pada hari ini. Murid-murid aktif untuk memberi contoh kes buli dan menceritakan cara mengatasi buli maka objektif pembelajaran telah tercapai. Semangat bekerjasama antara murid telah melancarkan aktiviti kumpulan.

Penambahbaikan:
Saya akan menyediakan lembaran kerja yang perlu disiapkan secara individu supaya penguasaan dan pemahaman murid tentang pembelajaran hari ini dapat dikukuhkan. 

----------------------------------------------------------------------------
Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk
Penyakit
Kelas
1 K
Masa
30 minit
Standard Kandungan
3.1 Mengetahui kuman
Standard Pembelajaran
3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman merebak
3.1.4 Menyedari kepentingan mencegah kuman
Bahan Bantu Belajar
Kad imbasan, jigsaw puzzle
Langkah pengajaran:

Set Induksi
(5 minit)
  1. Guru bersoal jawab dan membimbing murid menyatakan cara kuman merebak:
-          air, udara, makanan yang terdedah, sentuhan , jarum suntikan

Langkah 1
(12 minit)
  1. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
  2. Guru mengedarkan jigsaw puzzle (Lampiran 1) kepada setiap kumpulan.
  3. Berdasarkan gambar jigsaw puzzle, murid menceritakan tentang cara mengelak kuman merebak.
Langkah 2
(8 minit)
  1. Guru menunjukkan kad imbasan (Lampiran 2) yang mengandungi kesan dan kepentingan mencegah kuman pada papan tulis.
  2. Guru menamakan murid untuk menerangkan.
Penutup
(5 minit)

  1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu ‘Mengamalkan Kebersihan Diri’ (Lampiran 3) mengikut melodi ‘Lenggang Kangkung’
  2. Guru mengingati murid agar menjaga kebersihan diri supaya menjauhi diri daripada sebarang penyakit.

Lampiran 1:


















Lampiran 2:




















Lampiran 3:




















Refleksi:

Murid-murid kelihatan diam dan pasif semasa sesi soal jawab mengenai cara kuman merebak. Ini mungkin disebabkan mereka barulah murid Tahun 1, ilmu dan keupayaan untuk meluahkan suatu idea masih terhad. Apabila saya menunjukkan jigsaw puzzle, suasana pembelajaran mula konduksif kerana murid dapat menjawab dengan bantuan gambar puzzle. Saya berasa gembira kerana murid menjanjikan pada saya bahawa mereka akan mulai mengamalkan kebersihan diri dengan cara yang betul.

Penambahbaikan:
Saya akan mencari video atau gambar yang berkaitan daripada internet. Ini dapat membantu murid untuk memahami konsep yang saya sampaikan dengan lebih jelas dan konkrit.

----------------------------------------------------------------------------
Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Kelas
1 K
Masa
30 minit
Standard Kandungan
1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan.
Standard Pembelajaran
1.1.1 Mengenali bahagian tubuh - kepala, badan, tangan,  
         kaki dan genital.
Bahan Bantu Belajar
Lirik lagu, poster bahagian tubuh badan, lembaran kerja
Langkah pengajaran:

Set Induksi
(5 minit)
  1. Edarkan lirik lagu ‘Tubuh Saya’. (Lampiran 1)
  2. Nyanyi sambil beraksi bersama dengan murid     mengikut melodi lagu ‘Are You Sleeping’.

Langkah 1
(8 minit)
  1. Tunjukkan poster bahagian tubuh dan minta murid menamakan bahagian tubuh dalam gambar.
  2. Soal jawab dengan murid mengenai bahagian   tubuh.
            Contoh: Mana mata kamu?
                        : Berapa mata kamu?
  1. Bincang dengan murid tentang fungsi bahagian  tubuh.
            Contoh: Mata untuk melihat

Langkah 2
(14 minit)
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
  2. Murid menjawab lembaran kerja.(Lampiran 2)
  3. Perbincangan jawapan.

Penutup
(3 minit)

  1. Murid menyanyi semula lagu ‘Tubuh Saya’.
  2. Guru memberi pujian.

Lampiran 1:


Lampiran 2: 







    Refleksi:
   Aktiviti menyanyi memang sesuai digunakan pada set induksi kerana ia mudah merangsang minat dan perhatian murid-murid. Murid-murid saya berasa gembira dan suka menyanyi sambil membuat aksi yang berkaitan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar kerana murid-murid aktif menjawab soalan saya. Bahagian tubuh badan merupakan satu topik yang murid-murid telah belajar semasa mereka masih kecil lagi.  Selepas pengajaran ini, saya percaya murid-murid lebih memahami tentang cara menjaga dan melindungi tubuh badan diri.


     Penambahbaikan:
   Saya harus memberi lebih banyak peluang kepada murid untuk menjawab dan menyatakan pendapat masing-masing untuk menguji kefahaman murid.